Hanya Ada Satu Jalan: Tan Sri Muhyiddin Letak Jawatan

Kenyataan Media


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
13 Ogos 2021

HANYA ADA SATU JALAN: TAN SRI MUHYIDDIN LETAK JAWATAN

MUDA mengambil maklum akan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan minoriti Perikatan Nasional, akan tawaran-tawaran dan kesediaan berunding dengan parti-parti pembangkang.

MUDA beranggapan bahawa ini hanya helah mencari talian hayat ketika mereka bakal tumbang. Segala tawaran itu boleh sahaja dibuat sejak awal, bukan dalam keadaan ketika sudah hilang majoriti.

Tidak ada halangan, sebagai contoh, untuk melaksanakan Undi18 yang bukan sahaja diluluskan dengan 2/3 majoriti, malah juga mendapat sokongan penuh keseluruhan Ahli Parlimen.

Sudah terlalu banyak kerosakan yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional, termasuklah perbelanjaan yang tidak dibentang dan dibahas, helah bagi menutup parlimen, pengurusan pandemik yang cacamarba serta skandal ‘scheme of things’ yang digunakan bagi membeli sokongan.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin bahawa tidak ada blok dengan majoriti adalah kenyataan yang karut. Majoriti ini perlu dibuktikan dengan undi tidak percaya yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera di Parlimen, bukan dibuat dengan sekadar kenyataan oleh beliau.

Letak jawatan.

Amir Abd Hadi
Setiausaha Agung
Parti Ikatan Demokratik (MUDA)

Scroll to Top