Cukai Keuntungan Besar

MUDA mengajukan pelaksanaan Cukai Keuntungan Besar terhadap industri tertentu yang memperolehi keuntungan luar biasa disebabkan keadaan ekonomi dan bukan kerana inovasi dalam proses operasi atau pengaplikasian teknologi baru, tetapi hanya kerana keadaan ekonomi yang di luar kawalan syarikat.

Cukai Keuntungan Besar adalah cukai yang dikutip oleh kerajaan terhadap industri-industri atau individu-individu yang keadaan ekonomi membolehkan industri-industri tersebut mengalami keuntunguan yang lebih daripada sedia kala. Cukai keuntungan besar khususnya dikutip daripada syarikat-syarikat dalam industri tersasar yang mendapat faedah daripada keuntungan besar, kebanyakkanya daripada perniagaan berasaskan komoditi.

Lanjutnya, secara definisi, cukai keuntungan besar adalah percukaian progresif yang dapat membantu mengurangkan defisit belanjawan dan menangani ketaksamaan, terutamanya jika keuntungan daripada syarikat-syarikat ini tidak digunakan untuk meningkatkan gaji atau dilaburkan semula dalam R&D atau untuk menambahbaik proses-proses operasi syarikat dan sebaliknya, seperti contohnya, untuk pembelian balik saham.

Links:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/18/in-budget-2021-debate-syed-saddiq-moots-taxing-glove-companies-for-extraord/1923820

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/07/708309/re-introduce-windfall-tax-immediately-not-gst-say-dr-m-prof-jomo

https://themalaysianreserve.com/2020/11/30/the-case-for-windfall-taxes/

Scroll to Top