"Pendidikan adalah jalan untuk anak-anak B40 keluar daripada kepompong kemiskinan."
Inilah objektif asal MRSM, untuk bantu mereka yang tak mampu, bukan untuk yang berstatus elit.
Golongan ibu bapa yang berpendapatan tinggi perlu faham, mereka ada pilihan untuk hantar anak-anak mereka di mana-mana. Ingin hantar pergi KYS boleh, Sri Cempaka, KDU pun boleh.

“The unfortunates however have limited choices.“
Anak-anak B40 sangat bergantung kepada bantuan kerajaan. Kena kembali ke tujuan asal MRSM, tingkatkan kemasukan pelajar B40 dan berikan mereka akses kepada pendidikan yang berkualiti.
MARA diasaskan untuk berikan pendidikan berkualiti kepada anak keluarga susah.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 24, 2023
Kini Kerajaan ada cadangkan untuk bina MRSM Elit untuk anak orang kaya.
Apa pendapat korang tentang isu ini? pic.twitter.com/5gyt35wvG5
Lebih baik jika boleh fokus gunakan peruntukan yang ada untuk tambah baik fasiliti. Salurkan juga bantuan untuk anak-anak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.
“Don’t hijack someone else’s learning opportunity.”