Afiqah Zulkifli

CALON N07 (Bukit Kepong)

Sebagai anak Johor, Afiqah percaya bahawa potensi negeri Johor sebagai sebuah negeri yang maju boleh dicungkil dengan kepimpinan yang berintegriti, peduli kepada rakyat Johor dan sentiasa sedia berkhidmat untuk Negeri Johor.

BANTU SEBAGAI SUKARELAWAN

Tentang saya

Bukit Kepong untuk Semua

Afiqah Zulkifli merupakan pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA. 

Manifesto

kita sama-sama bina

Pencalonan Afiqah sebagai calon dalam pilihan raya ini adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor

Afiqah Zulkifli merupakan anak jati Muar yang dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada 11 Mac 1991. Afiqah dibesarkan oleh pasangan pendidik iaitu Hj M. Zulkifli bin Shamsudin – seorang Guru Sejarah di SMKA Maahad Muar selama hampir 25 tahun dan Hjh Hafsah binti A. Manan – Guru Bahasa Melayu di SK Sultan Abu Bakar (2) selama 29 tahun dalam perkhidmatan. Anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Aktif berpersatuan semenjak bangku sekolah lagi, beliau memulakan pendidikan awal di SK Sultan Abu Bakar (2).

Afiqah Zulkifli kemudiannya menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor, lalu kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam Jurusan Seni Bina dan Reka Bentuk Alam dan kemudian mengambil pengkhususan dalam bidang Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.

Selepas memenangi Pilihan Raya Kampus Universiti, Afiqah Zulkifli banyak menganjurkan majlis ilmu, dialog silang agama dan program pemberdayaan di dalam dan luar universiti bersama kumpulan masyarakat sivil. Afiqah Zulkifli juga mula menjadi seorang aktivis untuk mahasiswa bersuara. Afiqah Zulkifli percaya bahawa mahasiswa tidak wajar disekat, perlu diketengahkan sebagai pemimpin komuniti dan mempertahankan hak untuk bersuara melawan salah laku.

Afiqah Zulkifli aktif dalam aktiviti pemerkasaan masyarakat sivil dan Program Kepimpinan Anak Muda di dalam dan luar negara termasuklah di Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Singapura, Jerman dan United Kingdom. Berpengalaman selama 4 tahun sebagai Ketua Turus Parlimen Muar.

Afiqah Zulkifli merupakan Ketua Turus paling muda dan telah bertanggungjawab menguruskan Parlimen Muar bersama penduduk Muar. Beliau telah berjaya meraih dana untuk Parlimen Muar sehingga mencecah RM1.8 juta. Afiqah Zulkifli juga mengetuai Projek Pembinaan Hab Anak Muda di Muar, pembinaan jeti baharu nelayan di Sarang Buaya, pembinaan Pasar Baharu Parit Jawa, baik pulih Pasar Lama Parit Jawa, baik pulih lebih dari 12 gelanggang sukan, edaran 1,600 laptop dan tablet, menguruskan 30,000 set bantuan foodbank sepanjang COVID-19 dan banyak lagi.

Sama-sama Johor Bangkit

Johor Bangkit

Perubahan Johor di Tangan Kita

RM1,360.00

sudah terkumpul

Bantu Afiqah

Undilah MUDA!

Sumbangan PRN Afiqah

RM1,360 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM20.00