Fikri Musa merupakan Setiausaha Jawatankuasa MUDA Johor. Apabila Negeri Johor menghadapi krisis banjir pada penghujung tahun 2020, Fikri Musa telah bertanggungjawab menjadi koordinator MUDA Johor untuk memastikan lebih 500 sukarelawan dapat bertugas untuk membantu mangsa banjir
Pencalonan Fikri sebagai calon dalam pilihan raya ini adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor
Fikri Musa merupakan Setiausaha Jawatankuasa MUDA Johor. Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor 2022, Fikri Musa telah menjadi Calon MUDA DUN Parit Raja N22. Fikri Musa merupakan anak bongsu kepada keluarga pertengahan.
Seorang teknokrat yang menetap di Parit Haji Rais, Fikri Musa mempunyai minat yang mendalam dengan ilmu aliran sains. Minat ini telah membawa Fikri Musa untuk mengambil A Level dalam Sains Tulen di Kolej Matrikulasi Selangor dan seterusnya mendapatkan Ijazah Muda Kejuruteraan Sivil di Universiti Tun Hussein Onn. Fikri Musa adalah seorang teknokrat yang berkhidmat di MMC-Gamuda KVMRT (T).
Latar belakang Fikri Musa sebagai seorang teknokrat tidak menghalang minat Fikri Musa untuk berkhidmat kepada masyarakat. Melalui MUDA Johor, Fikri Musa telah berkhidmat untuk menyediakan Bantuan FoodBank sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat Johor, merancang koordinasi Kempen Bendera Putih serta menyediakan garis panduan kepada sukarelawan sepanjang musim pandemik COVID-19.
Malah, Fikri Musa telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Misi Bantuan Rakyat antara MUDA Selatan dan MUDA Utara bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini jumlah keluarga mangsa COVID-19 yang perlukan bantuan, pergerakan sukarelawan di Negeri Johor dan mewujudkan sistem koordinasi MUDA Johor untuk misi membantu mangsa pasca-banjir. Apabila Negeri Johor menghadapi krisis banjir pada penghujung tahun 2020, Fikri Musa telah bertanggungjawab menjadi koordinator MUDA Johor untuk memastikan lebih 500 sukarelawan dapat bertugas untuk membantu mangsa banjir.