Azrol Rahani

CALON N50 (Bukit Permai)

Azrol Rahani percaya bahawa pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga suara dan amanah rakyat. Usaha dan kerja keras pemimpin hari ini adalah untuk memastikan negara ini menjadi sebuah tempat yang selesa, aman dan saksama untuk anak-anak muda pada masa hadapan.

BANTU SEBAGAI SUKARELAWAN

Tentang saya

Bukit Permai untuk Semua

Azrol Hj Rahani mahu Johor menjadi negeri rujukan seluruh negara sebagai sebuah negeri yang mengutamakan politik khidmat, membangunkan potensi setiap kawasan Johor dan memastikan bahawa setiap anak Johor itu dibesarkan dengan sokongan kukuh Kerajaan Negeri Johor.

Manifesto

kita sama-sama bina

Pencalonan Azrol sebagai calon dalam pilihan raya ini adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor

Azrol Hj Rahani dilahirkan di Masai, Pasir Gudang, Johor. Dibesarkan oleh pasangan kelas pertengahan di Estet. Azrol Hj Rahani merupakan generasi ketiga Felda di mana datuknya menjadi peneroka terawal. Azrol Hj Rahani menerima pendidikan awal di SK Felda Chaya Baru, SMK Pasir Gudang I dan kemudiannya meneruskan pengajian tinggi di Kolej Yayasan Melaka dalam bidang Teknologi Animasi.

Sejak Azrol Hj Rahani tamatkan pengajian, Azrol Hj Rahani menjadi seorang artis pereka animasi di Lembah Klang. Pengalaman yang diceduk ini dibawa oleh Azrol Hj Rahani untuk membangunkan banyak animasi yang terkenal dan besar di Malaysia. Azrol Hj Rahani juga merupakan sebahagian dari kumpulan yang bertanggungjawab mencipta animasi Keluang Man dan Anak-Anak Sidek.

Pada usia yang muda, Azrol Hj Rahani sangat aktif di lapangan bersama rakyat yang susah, lapar dan sakit. Malah, Azrol Hj Rahani juga membantu penduduk rumah panjang dalam kes Empangan Baram di Sarawak.

Bermula dari Gerakan Reformasi pada tahun 1998, Azrol Hj Rahani sudah terlibat secara langsung dalam banyak gerakan kebangkitan rakyat seperti Himpunan Bersih, Jelajah Merdeka Rakyat dan ABU. Azrol Hj Rahani percaya bahawa nasib negara ini ditentukan oleh rakyat yang cakna, berani membawa perubahan dan segera menjadi cerminan untuk sebuah negara yang baik.

Pada tahun 2021, Azrol Hj Rahani bersama-sama pimpinan MUDA telah menubuhkan MUDA Johor. MUDA Johor kini merupakan antara negeri yang paling aktif dalam politik khidmat, mengumpulkan ramai pimpinan MUDA di setiap Parlimen di Johor serta menjadi koordinator untuk menasihat dan membimbing MUDA Negeri di seluruh negara.

Sepanjang Azrol Hj Rahani menjadi Pengerusi MUDA Johor, MUDA Johor telah menjadikan politik khidmat sebagai asas dalam kepimpinan. Lebih RM500,000 dana berjaya dikumpul untuk misi banjir MUDA Johor, Azrol Hj Rahani juga telah menggerakkan lebih 500 sukarelawan untuk membantu rakyat Johor.

Sama-sama Johor Bangkit

Johor Bangkit

Perubahan Johor di Tangan Kita

RM100.00

sudah terkumpul

Bantu Azrol

Undilah MUDA!

Sumbangan PRN Azrol

RM100 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM20.00