Lim Wei Jiet

CALON N05 (Tenang)

Lim Wei Jiet percaya bahawa pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga suara dan amanah rakyat. Usaha dan kerja keras pemimpin hari ini adalah untuk memastikan negara ini menjadi sebuah tempat yang selesa, aman dan saksama untuk anak-anak muda pada masa hadapan.

BANTU SEBAGAI SUKARELAWAN

Tentang saya

Tenang untuk Semua

Lim Wei Jiet (林伟捷) merupakan pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA. 

Manifesto

kita sama-sama bina

Pencalonan Lim Wei Jiet sebagai calon dalam pilihan raya ini adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor

Lim Wei Jiet dilahirkan dan dibesarkan di Muar, Johor. Seorang anak kepada pasangan guru, Lim Wei Jiet mendapatkan pendidikan awal di SRK St Andrew Muar dan Sekolah Tinggi Muar. Lim Wei Jiet kemudiannya telah menyambung pengajian tinggi di Universiti Malaya dan meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Seorang yang aktif dan mengetuai UM English Debate Team, merupakan pendebat terbaik Austral Asia serta menjadi tokoh penerima Anugerah Minister of the Higher Education Cup.

Sejak tahun 2016, Lim Wei Jiet telah menjadi seorang peguam yang aktif mewakili kesatuan sekerja dalam pelbagai sektor termasuk sektor penerbangan, perhotelan dan lain-lain untuk membela hak-hak pekerja yang ditindas majikan serta mengangkat hak supaya mereka diberikan gaji yang bermaruah.

Lim Wei Jiet juga merupakan seorang peguam yang arif dalam pelbagai kes komersil, harta intelek dan teknologi maklumat. Minat Lim Wei Jiet dalam advokasi dan kempen telah membuka peluang untuk Lim Wei Jiet untuk mewakili ramai mahasiswa, NGO & aktivis masyarakat yang disaman kerana menyuarakan pendapat mengenai salahguna kuasa & rasuah.

Sama-sama Johor Bangkit

Johor Bangkit

Perubahan Johor di Tangan Kita

RM8,017.00

sudah terkumpul

Bantu Wei Jiet

Undilah MUDA!

Sumbangan PRN Weijiet

RM8,017 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM20.00