Sangaran Rawisandiran mahu terus melindungi golongan yang terpinggir dan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan di Negeri Johor
Pencalonan Sangaran sebagai calon dalam pilihan raya ini adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor
Sangaran Rawisandiran merupakan Timbalan Pengerusi MUDA Johor. Sangaran Rawisandiran menetap di Johor Bahru dan merupakan anak bongsu kepada mendiang Rawisandiran. Sangaran Rawisandiran mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Banopdane.
Pada usia 17 tahun, Sangaran Rawisandiran telah kehilangan kedua ibu bapanya dan meneruskan kehidupan bersama abangnya. Sangaran Rawisandiran menamatkan pengajian tinggi di Universiti Multimedia Melaka dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan sokongan Skim Anak Yatim Fund di bawah PERKESO.
Sangaran Rawisandiran adalah rakan kongsi di dalam firma guaman SHA & Co yang arif menguruskan kes jenayah, tindakan kelas dan sivil. Sangaran Rawisandiran sentiasa mengambil peluang sebagai peguam untuk membela golongan yang tertindas, memerlukan sokongan khidmat guaman dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk advokasi kesedaran hak undang-undang kepada orang ramai.
Sejak 10 tahun yang lepas, Sangaran Rawisandiran aktif menjadi wakil kepada komuniti belia. Sangaran Rawisandiran adalah Pengarah Gaza Humanity Fund, Speaker Parlimen Belia India Malaysia, Pengarah International Students Leaders Conference dan telah berkhidmat sebagai Pengerusi Educational & Social Development Association Johor (ESDA) sejak tahun 2016 sehingga kini.
Pada tahun 2020, Sangaran Rawisandiran telah menubuhkan MUDA Johor bersama Azrol Hj. Rahani dan memulakan politik khidmat untuk Negeri Johor. Sejak dari itu, Sangaran Rawisandiran telah berjaya mengaktifkan MUDA di Selatan dan Utara Johor