Marilah bangunkan Tanjung Piai bersama-sama untuk masa depan yang lebih segar
Lim Wei Jiet (ζδΌζ·) merupakan pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA.
Lim Wei Jiet dilahirkan dan dibesarkan di Muar, Johor. Seorang anak kepada pasangan guru, Lim Wei Jiet mendapatkan pendidikan awal di SRK St Andrew Muar dan Sekolah Tinggi Muar. Lim Wei Jiet kemudiannya telah menyambung pengajian tinggi di Universiti Malaya dan meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Seorang yang aktif dan mengetuai UM English Debate Team, merupakan pendebat terbaik Austral Asia serta menjadi tokoh penerima Anugerah Minister of the Higher Education Cup.
Sejak tahun 2016, Lim Wei Jiet telah menjadi seorang peguam yang aktif mewakili kesatuan sekerja dalam pelbagai sektor termasuk sektor penerbangan, perhotelan dan lain-lain untuk membela hak-hak pekerja yang ditindas majikan serta mengangkat hak supaya mereka diberikan gaji yang bermaruah.
Lim Wei Jiet juga merupakan seorang peguam yang arif dalam pelbagai kes komersil, harta intelek dan teknologi maklumat. Minat Lim Wei Jiet dalam advokasi dan kempen telah membuka peluang untuk Lim Wei Jiet untuk mewakili ramai mahasiswa, NGO & aktivis masyarakat yang disaman kerana menyuarakan pendapat mengenai salahguna kuasa & rasuah.
Usaha dan kerja keras pemimpin hari ini adalah untuk masa depan yang selesa, aman dan saksama untuk anak-anak muda kita.