Hidup lebih baik untuk Kota Marudu

Denci Shahrizal - P168 Kota Marudu

Ayuh membantu

Yakinlah #KitaBoleh memenangi hati rakyat Kota Marudu.

Sukarelawan 🙂

Tentang saya

Kayow tumanud dogo maya do tim sukarelawan

Saya Shahrizal Denci, orang panggil Chal. Saya Pengasas Bersama Parti MUDA. Anak jati Sabah.

Mari sama – sama kita buktikan yang negara ini milik rakyat, bukan elit-elit politik yang lompat-lompat untuk survival kerjaya politik mereka.

Bantu perjuangan saya bersama rakan – rakan saya yang lain.

Yakinlah rakyat Kota Marudu akan bangkit menyokong orang-orang yang ikhlas ingin membangun kawasan.

Manifesto

Semua orang tahu yang Kota Marudu adalah salah sebuah daerah termiskin di Malaysia.
 
Sejak beberapa tahun lalu, saya terlibat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan bantuan ke pelusuk Kota Marudu.
 
Ia sesuatu yang amat menyedihkan melihat kemudahan asas juga tiada.
 
Bayangkan di Tahun 2022 ini:
 
Jalanraya masih teruk, ada seorang bapa yang terpaksa gendong jenazah anaknya selama sejam berjalan kaki untuk pulang ke kampung Samparita kerana jalan licin van tak boleh lalu.
 
Bekalan air bersih masih dicatu. Bagaimana perniagaan mau berkembang bila air tiada? Siapa mau masuk hotel tiada air?
 
Kebanyakkan pendapatan penduduk dari menoreh getah tapi harga getah murah dari Semenanjung.
 
Anak-anak Kota Marudu ramai yang terpaksa berhijrah kerana kurangnya peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah.
 
Ada adik-adik yang terpaksa berjalan kaki jauh ke sekolah. Sekejam apa pemimpin menafikan hak mereka menuntut ilmu?
 
Kawan-kawan Kota Marudu, kita kena keluar dan balik mengundi, undilah orang yang muda dan idealis.
 
Ini demi masa depan Kota Marudu lima tahun akan datang.

Deklarasi Aset Shahrizal Denci

Ikut Turun Kempen Shahrizal Denci

Jemput sama membangun Kota Marudu dengan sepenuh upaya

Kempen Mutalib Uthman

Bantu Shahrizal Denci untuk PRU ke-15

Hidup lebih baik untuk Kota Marudu

Shahrizal Denci di Media

Sukarelawan 🙂

Sama menyumbang

Yakinlah #KitaBoleh memenangi hati rakyat Kota Marudu.

MUDA | 2022