Mari hadiri dan jayakan majlis makan malam MUDA Selangor.
Hasil kutipan daripada majlis ini akan digunakan untuk menambah baik khidmat dan usaha kami demi kesejahteraan negeri dan warga Selangor
Fundraising Dinner MUDA Selangor adalah inisiatif oleh MUDA Selangor untuk meraih dana bagi membantu kami menggiatkan usaha dan menambah baik khidmat bakti kami buat negeri Selangor.
Kami sedia berkhidmat namun kekangan dana merupakan cabaran terbesar buat kami. Bantu kami atasi cabaran ini agar kami dapat berikan yang terbaik buat Selangor, dan juga buat anda semua.
Majlis ini diadakan bagi merapatkan jurang antara warga Selangor dengan MUDA. Kami akan memperkenalkan barisan pimpinan MUDA Selangor di samping berkongsi idea dan perancangan MUDA Selangor untuk masa akan datang.
Bersama kita bina Selangor yang lebih baik untuk semua!
Tarikh : 7 Oktober 2022
Masa : 8.30 pm
Lokasi : Dewan MBSJ Kinrara BK 5