Malaysia United Democratic Alliance atau Parti Ikatan Demokratik Malaysia merupakan sebuah gerakan politik berbilang bangsa yang memperjuangkan isu-isu rakyat di dalam ruang lingkup perlembagaan Malaysia.
Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini, MUDA itu adalah akronim bagi nama parti, ianya bukan sebuah parti politik untuk orang yang muda dari segi umur sahaja, ianya terbuka kepada semua UMUR, BANGSA dan ANUTAN AGAMA.
Mungkin kerana parti ini banyak ditunjangi pemimpin muda seperti YB Syed Saddiq, dan juga mungkin kerana isu yang dibawa oleh MUDA berkaitan peluang pekerjaan, isu-isu semasa, #UNDI18 dan hak demokratik rakyat dekat di hati orang-orang muda.
Ya ini parti Syed Saddiq tapi bukan milik Syed Saddiq seorang, ianya diasaskan oleh YB Muar bersama 14 lagi individu lain dan ianya milik semua ahli MUDA.
Kewangan MUDA datang dari pendanaan ahli dan orang awam melalui jualan baju dan lain-lain barang dagangan parti. Namun sebahagian besar kos operasi ditanggung melalui hasil kerja sukarelawan dan aktivis muda dari segi aktiviti akar umbi hinggalah ke kerja-kerja berorganisasi. Berpolitik tidak memerlukan banyak wang dan dana sekiranya politik wang tidak dibudayakan oleh sesebuah parti politik.
Tiada, MUDA tiada sayap-sayap sebagaimana kebiasaan parti-parti politik lain, semua ahli di bawah satu naungan yang sama.
Itu bukan objektif dan keutamaan MUDA, fokus MUDA ialah untuk membina gerakan politik yang cukup kuat untuk mempunyai kuasa pengaruh dalam mendesak mana-mana kerajaan untuk melakukan perubahan dan pembetulan institusi kenegaraan.
Boleh terus ke pautan : SERTAI