


Umur : 29
Asal : Johor
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) LLB, Felo Akademik Temple University, Dialogue Institute on the Art of Dialouging & Religious Pluralism.
Syed Saddiq adalah Ahli Parlimen Muar dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Anak kepada seorang cikgu dan buruh, Syed Saddiq adalah lulusan undang-undang dan menyertai politik seawal usia 23 tahun.
Seorang yang vokal dan percaya pada kuasa orang muda untuk mengubah negara. Syed Saddiq juga bertanggungjawab untuk memastikan orang muda seawal usia 18 tahun meraih hak untuk mengundi.
Pada tahun 2020, Syed Saddiq telah mengasaskan MUDA untuk membawa suara dan cara pemikiran muda dalam arena politik negara.
Nota Tambahan :
Syed Saddiq percaya bahawa nilai seorang individu itu adalah pada prinsip yang digenggam kemas. Baginya juga, orang muda harus diberi ruang dan peluang untuk memimpin negara dan masyarakat.