Mengamalkan budaya kepimpinan yang bertenaga, pantas, responsif dan efektif.
Adakah ianya benar-benar demokratik apabila seorang wakil rakyat boleh menentukan dasar dan polisi selama 5 tahun? Mengapa tidak mendapatkan pandangan dan mendengar suara rakyat bagi sesuatu keputusan penting di Dewan Undangan Negeri?
Jadi, MUDA bertekad:
Ramai tertanya-tanya bagaimana parti politik mendapatkan dana kerana ini adalah punca utama rasuah membiak dan membarah. MUDA tidak mahu terikat dengan urus niaga pendanaan politik di sebalik tabir. You help me, I help you.
Agenda rakyat adalah agenda MUDA. Jadi, MUDA bertekad:
Golongan pertengahan (Middle Class) merupakan golongan yang dianggap terlalu kaya untuk dibantu dan terlalu miskin untuk mempunyai kehidupan yang selesa.
Untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan M40, MUDA berjanji:
Kestabilan negeri dan politik hanya boleh dicapai apabila jurang kehidupan dan kekayaan di dalam masyarakat dirapatkan. Usaha mengurangkan jurang ini menjadi keutamaan kami.
MUDA bertekad:
Kemakmuran dan kemajuan ekonomi perlu bersifat menyeluruh dari segi demografi, lokasi dan juga industri. Pada masa yang sama, Bangsa Johor berhak mengecapi limpahan rezeki ekonomi negeri tanpa perlu merosakkan alam sekitar.
Maka, MUDA bertekad: