Kami ingin menjemput anda bersama untuk menjayakan Majlis Makan Malam “Fundraising Dinner” MUDA Wilayah Persekutuan.
Majlis makan malam ini dibuat khas bagi membantu kami mengumpul dana ke arah PRU15 dan segala gerak-kerja dan persiapan MUDA Wilayah yang berkait rapat.
Turut hadir pada majlis makan malam ini adalah barisan kepimpinan Jawatan Kuasa Eksekutif Pusat (JKEP), Jawatan Kuasa Negeri (JKEN), Jawatan Kuasa & Anggota Parlimen dan ahli-ahli & penyokong MUDA.
Juga dijemput adalah beberapa orang kenamaan dan wakil parti politik lain.
Tujuan majlis makan malam ini juga adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan MUDA Wilayah Persekutuan, Halatuju dan Aspirasi kami untuk Wilayah Persekutuan.