Ketua Penerangan MUDA

14 June 2025

Kenaikan Cukai SST Hadiah Istimewa Madani

Sempena genap tiga tahun pentadbiran MADANI, rakyat kini dihadiahkan dengan peningkatan
kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 5% HINGGA 10% antara 5% hingga 10%. Langkah ini disebut
sebagai sebahagian daripada "reformasi" fiskal MADANI yang kononnya bertujuan menstabilkan kedudukan kewangan negara.

Namun, maksud sebenar "stabil" ini masih kabur meskipun unjuran defisit fiskal bagi tahun ini dijangka menurun kepada 3.8%. Untuk konteks, 3.8%. penarafan kredit negara telah pun disahkan stabil oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, S&P Global, dan Fitch Ratings.

Penyokong MADANI mungkin akan berhujah bahawa hasil cukai tambahan ini akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui bantuan tunai atau projek pembangunan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah alasan yang meyakinkan kerana tanggungjawab asas mana-mana kerajaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.

Madani Keliru Tentang Prinsip Percukaian
MUDA berpendapat bahawa pentadbiran MADANI telahmenyimpang dalam menentukan kelompok mana yang wajarmenanggung beban fiskal negara. Kenyataan Setiausaha Agung PKR merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kerajaan mungkin menjadi sangat tidak popular jika mengenakan cukai kepada 10 peratus golongan terkaya dan mengagihkan semula kekayaan.
- Fuziah Salleh

Pendekatan ini bukan sahaja bercanggah dengan asas teori pembangunan ekonomi, malah bertentangan dengan nilai Ihsan dan Kesejahteraan yang menjadi tunjang konsep MADANI itu sendiri.

SST Adalah Cukai Regresif
Ahli ekonomi terkenal, Thomas Piketty, dalam karya beliau Capital in the Twenty-First Century, menyatakan bahawa dalam pembangunan sesebuah tamadun, mengenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kaya merupakan kaedah paling berkesan untuk mengurangkan ketidaksamaan. Pendekatan cukai progresif seperti ini terbukti berjaya di negara-negara Skandinavia dalam mewujudkan masyarakat yang lebih adil melalui penambahan hasil negara.

MUDA melalui “Kertas Hitam MUDA ” sejak tahun 2022 telah pun mengusulkan bahawa masih wujud ruang untuk mengenakan cukai kepada golongan kaya secara lebih saksama berdasarkan lebihan harta mereka.

Pendekatan ini harus difahami dalam konteks di mana sebahagian besar kekayaan disimpan dalam bentuk yang tidak dicukai secara efektif. Antaranya adalah seperti kekayaan yang diwarisi, dividen daripada syarikat milik awam, simpanan dalam akaun luar pesisir, cukai ke atas spekulasi kenaikan nilai hartanah (seperti vacancy tax) dan kekayaan luar biasa seperti kepada golongan bilionaire. Semua ini masih belum disentuh oleh pendekatan percukaian MADANI setakat ini.

Kenaikan SST Akan Membebankan Rakyat
Dalam konteks apa-apa bentuk kenaikan cukai regresif seperti SST, kerajaan tidak sepatutnya mendakwa bahawa ia tidak akan menjejaskan golongan B40 dan M40. Oleh kerana SST ialah cukai satu peringkat, beban ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna akhir.

Apabila lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai dengan kadar lebih tinggi, sudah pastinya lebihan pendapatan rakyat akan menyusut.

Apa yang paling membangkitkan kemarahan rakyat adalah apabila cukai dinaikkan dalam keadaan rantaian bekalan negara masih tidak stabil.

Sebagai contoh, walaupun secara asasnya kenaikan SST lima peratus dikenakan ke atas buah-buahan import seperti pisang Filipina, anggur dari China, dan mangga dari Thailand, tidak semua buah-buahan impot ini wajar dianggap sebagai barang mewah.

Pendekatan yang lebih adil ialah mengklasifikasikan mengikut gred. Sudah tentu mangga Thailand pada harga RM4 sekilogram tidak sama dari segi demografi pengguna dengan mangga Harumanis keluaran tempatan.
Screenshot 2025-07-02 at 12.20.22 PM.png 1.6 MB

Lebih membimbangkan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan MADANI, Mohamad Sabu, itu sendiri mengakui bahawa kebergantungan kepada makanan import masih tinggi dan terus meningkat saban tahun.

Maka timbul persoalan sama ada adil untuk cukai SST dinaikkan apabila pengeluaran makanan tempatan adalah terhad dengan harga yang lebih tinggi daripada keluaran impot.

Kesudahannya bermula 1 Julai ini, bukan sahaja kerajaan MADANI ini SST terus gagal dalam menyediakan bekalan makanan tempatan yang mencukupi, tetapi turut menghukum rakyat menerusi kenaikan cukai yang bersifat regresif, tidak adil dan membebankan.