Siti Rahayu Baharin

NAIB PRESIDEN

Siti Rahayu atau lebih sinonim dengan panggilan Cikgu Rahayu, seorang pendidik dan ahli politik, yang memperjuangkan pendidikan kanak-kanak. Beliau memiliki pengalaman sebagai pendidik selama 15 tahun dan terlibat dalam kerja-kerja sosial dengan kanak-kanak melalui NGOnya Buku Jalanan Chow Kit.

Keputusannya untuk terlibat dalam politik dengan menyertai MUDA dan bertanding di Tanjong Karang pada PRU15, menunjukkan komitmen beliau dalam memperjuangkan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh.

Cikgu Rahayu berusaha untuk meningkatkan sistem pendidikan melalui pembaharuan dasar-dasar yang lebih baik. Cikgu Rahayu mengemukakan pentingnya hak pendidikan bagi semua kanak-kanak Malaysia tanpa mengira budaya, bangsa, dan agama. Beliau melihat pendidikan sebagai isu tempatan yang mempengaruhi masa depan negara.

Scroll to Top