Salah Siapa Kanak-Kanak Madani Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah?
By: Rahayu Baharin
Published: 04 March 2025
Kerajaan MADANI itu disebut sebagai kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat.
Kerajaan MADANI itu disebut sebagai kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat. Bahkan, rujukan madani tersebut diistilahkan sebagai ketamadunan sesebuah masyarakat yang seimbang penekanannya kepada kemajuan dan kemanusiaan. Dalam semangat ketamadunan, sejak zaman awal pemerintahan khalifah Islam lagi, perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak, terutamanya, merupakan tunjang kepada identiti pembentukan masyarakat "rahmatan lil alamin".
Peliharalah Hak Anak-Anak Kita
Sebagai seorang wanita, ibu dan juga aktivis perlindungan hak kanak-kanak, harapan saya tinggi agar masyarakat kita dapat mendekati nilai-nilai yang dibawa oleh agama dan nilai kemanusiaan dalam pentadbiran MADANI ini. Malangnya, sepanjang lebih dua tahun pemerintahan MADANI, pendekatan kita dalam melindungi hak kanak-kanak masih berada di takuk lama dan dimomokkan prejudis.
Apa yang ingin saya gariskan dalam tulisan ini ialah ketiadaan komitmen Malaysia dalam meratifikasikan Artikel 28 Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC). Artikel ini menekankan bahawa setiap kanak-kanak dan remaja berhak mendapat pendidikan tanpa diskriminasi, termasuk mereka yang berhadapan dengan cabaran seperti status pelarian, tanpa kewarganegaraan, dalam tahanan, atau kurang upaya. Keputusan Malaysia untuk tidak meratifikasikan Artikel 28 UNCRC bermaksud

kerajaan kita tidak terikat untuk memastikan hak kanak-kanak terhadap pendidikan merupakan sesuatu yang mutlak. Tanpa ramai sedari, kelompongan ini bermaksud bahawa kanak-kanak marginal yang tidak mempunyai kerakyatan di Malaysia ini tidak terjamin nasibnya dalam mengakses hak pendidikan.
Anehnya, apabila perkara ini dibangkitkan, ramai yang menganggap bahawa pendirian saya adalah untuk memberi ruang dan platform kepada bukan warganegara, seperti anak pelarian atau pendatang asing. Ini adalah persepsi yang songsang yang sengaja dimainkan untuk mengelak berdepan isu sebenar. Pengertian “kewarganegaraan” itu seharusnya juga difahami dalam konteks yang terdapat anak-anak yang dilahirkan luar nikah oleh bapa warganegara Malaysia yang membesar, bermastautin dan seluruh hidupnya hanyalah di Malaysia. Dalam situasi ini, kanak-kanak ini merupakan mangsa keadaan atau ketidakterangkuman undang-undang yang menyulitkan kelayakan mereka untuk mendapatkan kerakyatan, sekali gus hak dan akses untuk mendapat pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan Ketika hadir ke sesi pra-UNCRC di Geneva, Switzerland, terasa janggal apabila menyedari bahawa kebanyakan negara telah meratifikasi CRC tanpa sebarang pengecualian terhadap Artikel 28, sedangkan Malaysia masih belum memberi jaminan penuh terhadap hak pendidikan bagi semua kanak-kanak dalam

negara. Naratif kerajaan, terutamanya dari Kementerian Dalam Negeri, lazimnya melihat perkara ini daripada lensa kanak-kanak sebagai ancaman keselamatan negara.
Kita perlu akui bahawa di negeri Sabah terutamanya, yang mempunyai kadar migrasi dan pergerakan antara sempadan Indonesia-Filipina-Malaysia yang tinggi, realitinya kadar kelahiran kepada ibu bapa yang tidak berdokumen ini (walaupun dilahirkan dan bermastautin di Malaysia) adalah tinggi. Terdapat banyak kes di mana kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dihantar ke pusat tahanan imigresen dan dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian. Ini memberi kesan kepada generasi demi generasi.
Misalnya, ramai dalam kalangan komuniti Bajau Laut yang masih tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Kita boleh lihat kesan kelompongan status ini kepada ibu bapa mereka yang rata-ratanya bukan sahaja tidak mendapat pendidikan formal, tetapi juga pekerjaan dan perlindungan sosial.

Akses Pendidikan Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama
Di Geneva, saya menggesa kerajaan untuk sekurang-kurangnya mengiktiraf status
Pusat Pembelajaran Alternatif (ALC) bagi pendidikan kanak- kanak tanpa dokumen, dan juga kepada golongan lain dengan masalah serupa seperti anak-anak pekerja migran dan pelarian, yang jumlahnya kini melangkaui puluhan ribu di Malaysia. Penyelesaian sebegini telah dilakukan seperti yang dimeterai antara kerajaan negeri Sarawak dan Indonesia, yang mana terdapat Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) dengan kurikulum khas untuk anak-anak pekerja migran di ladang-ladang sawit tertentu.
Ini bukan sahaja memberikan pendidikan kepada kanak-kanak tanpa dokumen, tetapi juga bakal membantu perkembangan ekonomi sebagai sumber tenaga yang terdidik dan berkelayakan untuk kegunaan masa hadapan. Sudah pastinya negara kita juga secara keseluruhannya akan mendapat limpahan ekonomi daripada sumbangan tenaga kerja tambahan ini, baik dalam sektor formal atau tidak formal.
Saya juga berpendapat bahawa semua dasar dan keputusan yang melibatkan kanak kanak wajib diwakili suara mereka sendiri. Kanak-kanak dari setiap lapisan berhak didengari dan terlibat dalam pembuatan dasar, seperti di Sweden di mana kanak-kanak mempunyai ruang untuk memberi perspektif ke atas dasar yang memberi kesan kepada mereka. Melalui cara ini, pendekatan dasar yang akan diambil akan dengan sendirinya menjadi lebih berperikemanusiaan, termasuklah dalam meminda undang-undang yang berkenaan seperti Akta Pendidikan.
Ada khabar bahawa kerajaan sedang meneliti untuk mengangkat sekatan terhadap Artikel 28 CRC, yang mewajibkan pendidikan untuk semua kanak- kanak. Moga berita gembira ini menjadi realiti kegembiraan untuk semua kanak-kanak. Jika benar kerajaan MADANI ini adalah sebuah pemerintahan yang prihatin, sekurang-kurangnya berikanlah hak kepada kanak-kanak di bumi Malaysia ini untuk dididik.
Janganlah sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

---------------
Rahayu Baharin adalah Naib Presiden MUDA.

Ke Mana Hilangnya Makanan Ruji Rakyat Malaysia?
01 March 2025

Pemilihan MADANI Ganti PUSPAKOM: Dari Monopoli ke Oligopoli?
08 March 2025

Muda gaining members in PAS-controlled states too, says info chief
13 August 2024