YB Amira Aisya Abdul Aziz

Pemangku Presiden

Amira Aisya Binti Abd Aziz, seorang ahli politik Malaysia berusia 27 tahun, telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Puteri Wangsa, Johor sejak 2022. Beliau merupakan pengasas bersama parti MUDA dan kini menjawat jawatan Pemangku Presiden.

Sejak awal kariernya, Amira aktif dalam isu hak asasi manusia dan ketelusan tadbir urus. Beliau terlibat dalam pelbagai perhimpunan dan kempen, termasuk isu skandal LCS Kementerian Pertahanan dan reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Amira juga berperanan dalam Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Johor, di mana sumbangannya telah membawa kepada 10 cadangan ke dalam Bajet Johor 2024.

Pencapaian luar biasa Amira yang tidak disedari ramai, di mana Amira juga diiktiraf sebagai Pemimpin Global Muda Forum Ekonomi Dunia 2023. Perhargaan ini mencerminkan komitmen beliau terhadap pembaharuan yang memberi kesan di pentas global.

Pusat Khidmat Puteri Wangsa