Identiti MUDA

Makna di sebalik logo dan identiti visual MUDA

Logo adalah representasi visual yang penting bagi sesuatu parti politik. Ia tidak hanya menggambarkan identity parti, tetapi menyampaikan nilai-nilai, matlamat, dan aspirasi kepada orang ramai. Logo MUDA yang merupakan singkatan bagi Malaysian United Democractic Alliance, direka dengan matlamat untuk menyampaikan mesej kesatuan, demokrasi, dan keberanian.

Mesej Kesatuan

Pilihan warna utama bagi logo ini adalah kuning dan hitam. Warna kuning melambangkan keceriaan, kejelasan, dan kecerahan. Ini mewakili kesatuan dalam kepelbagaian yang merupakan asas kepada sebarang aliansi. Warna hitam memberikan kontras yang kuat, menyerlah kepentingan dan kekuatan kesatuan dalam pelbagai lapisan Masyarakat.

Simbolisme Huruf

Huruf yang digunakan, MUDA, tidak hanya merupakan singkatan nama bagi nama parti, tetapi juga mempunyai makna mendalam. Huruf D yang berbeza menonjolkan konsep demokrasi, iaitu tanda untuk memilih dalam proses pemilihan umum, ia menekankan komitmen MUDA terhadap nilai-nilai demokrasi dan penyertaan rakyat dalam proses politik.

Reka Bentuk Bold

Gaya reka bentul yang tebal dan berani bagi huruf-huruf MUDA menunjukkan keberanian dan ketegasan MUDA dalam mengejar matlamatnya. Ia juga mewakili ketegasan MUDA dalam membawa perubahan yang positif kepada Masyarakat Malaysia.

Spesifikasi Warna

Kod warna rasmi untuk identiti MUDA

Font

Helvetica Neue Bold

Nama Kod Warna Kuning

Sunflower Island

RGB:255, 207, 1

CMYK:0%, 19%, 100%, 0%

HEX:#FFCF01

Nama Kod Warna Hitam

Coco's Black

RGB:26, 26, 26

CMYK:0%, 0%, 0%, 90%

HEX:#1A1A1A

Sertai Perjuangan MUDA

Jadi sebahagian daripada perubahan yang kita impikan bersama!

Sertai MUDA