MUDA melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 13hb Ogos 2026 telah bersetuju dan mengumumkan pelantikan empat (4) Pengerusi Negeri baharu bagi Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan:
* Wilayah Persekutuan: Farah Syahidah binti Shamsuddin
* Selangor: Abolqaz bin Anuar
* Johor: Nur Amirah binti Shaharum
* Negeri Sembilan: Redzuan Ahmed bin Abdullah
Pelantikan ini mencerminkan komitmen MUDA untuk terus membina kepimpinan yang segar, bertenaga dan dekat dengan akar umbi parti.
Keempat-empat Pengerusi Negeri yang dilantik bukan wajah baharu kepada perjuangan MUDA. Mereka telah bersama parti sejak peringkat awal penubuhan dan telah melalui pelbagai fasa serta cabaran dalam perjalanan MUDA.
Kami percaya pengalaman bersama parti, digabungkan dengan tenaga, idea dan semangat generasi baharu, adalah penting untuk membawa MUDA ke hadapan.
Lebih membanggakan, 50% daripada pelantikan Pengerusi Negeri kali ini adalah wanita. Ini bukan sekadar angka. Ia adalah manifestasi kepada pendirian MUDA untuk terus memberi ruang, memperkasa dan mempercayai kepimpinan wanita dalam politik. MUDA percaya wanita bukan sekadar perlu diberikan tempat di meja kepimpinan; wanita perlu diberikan kepercayaan untuk memimpin sepertimana cerminan Presiden dan Setiausaha Agung MUDA adalah juga wanita.
Kita tidak boleh membina masa depan dengan hanya bergantung kepada wajah
yang sama. MUDA sentiasa terbuka menerima anak-anak muda dan pimpinan baru
untuk bersama-sama dalam perjuangan membangun negara ini.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada keempat-empat Pengerusi
Negeri yang baharu. Ini bukan sekadar pelantikan. Ini adalah permulaan kepada fasa
baharu kepimpinan MUDA di peringkat negeri.
AINIE HAZIQAH
Setiausaha Agung
Parti MUDA