- Saya mengecam tangkapan tiga orang aktivis berikutan protes mereka terhadap Azam Baki di PWTC.
- Saya difahamkan mereka ditangkap di bawah Seksyen 447 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan peguam mereka telah dimaklumkan bahawa ketiga-tiga aktivis akan direman untuk siasatan lanjut.
- Perlembagaan Malaysia menjamin hak rakyat untuk menyuarakan pendapat dan pendirian mereka secara aman tanpa ancaman daripada pihak berkuasa.
- Penganjur dan pihak berkuasa sememangnya mempunyai hak untuk mengusir keluar aktivis-aktivis tersebut daripada program yang dihadiri oleh Azam Baki. Namun, tindakan pihak polis untuk menangkap dan menahan reman adalah keterlaluan dan tidak munasabah.
- Penangkapan ini memberikan tanggapan bahawa penjawat awam seperti Azam Baki tidak boleh dikritik dan perlu dilindungi daripada suara rakyat dan aktivis.
- Saya percaya Azam Baki sebagai seorang penjawat awam harus bersedia menerima kritikan dan tidak perlu dilindungi melalui tindakan keras terhadap aktivis.
- Tindakan ini bukan sahaja mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara, tetapi juga memberi isyarat yang salah tentang ruang demokrasi di negara ini.
- Bebaskan Hamdin, Peko dan Ahsanul dengan segera.
Dobby Chew
Naib Presiden, MUDA