Tiga orang aktivis yang berani untuk bersuara menentang barah rasuah telah pun ditahan dan akan direman selama 3 hari.
Saya mengecam keras penahanan aktivis-aktivis ini dan menggesa pihak polis menghentikan siasatan dengan serta-merta.
Menggunakan hak untuk bersuara menentang perasuah-perasuah dan korupsi bukanlah satu jenayah.
Jenayah yang sebenar ialah terus menghancurkan imej negara dengan membiarkan Azam Baki terus bebas dan berkuasa walaupun sudah banyak kejadian salahlaku yang perlu disiasat dengan telus.
Saya berdiri teguh bersama rakan-rakan aktivis yang ditahan dan juga semua pejuang hak asasi manusia.
Saya menggesa kerajaan Madani untuk tangkap Azam Baki, bukannya aktivis marhaen yang memperjuangkan suara rakyat.
YB Amira Aisya Abd Aziz
ADUN Puteri Wangsa
Presiden MUDA