1. MUDA menyambut baik langkah kerjasama rentas parti melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (Confidence and Supply Agreement, CSA) bersama Kerajaan MADANI. Kerjasama ini merupakan perkembangan positif yang berpotensi memperkukuh kestabilan politik serta membuka laluan kepada pelaksanaan reformasi institusi yang penting untuk negara.
2. Antara reformasi yang memerlukan sokongan rentas parti ialah pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun serta pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Kedua-dua pembaharuan ini penting untuk mengelakkan penumpuan kuasa yang berlebihan, memperkukuh kebebasan institusi dan memastikan sistem pendakwaan negara lebih bebas daripada campur tangan politik.
3. MUDA berpandangan bahawa rang undang-undang dan pindaan Perlembagaan yang baik tidak sepatutnya gagal di Parlimen hanya kerana perbezaan politik. Ahli-Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk menilai sesuatu reformasi berdasarkan merit dan kepentingan negara, bukannya semata-mata berdasarkan parti yang mengusulkannya.
4. Pendirian ini selaras dengan prinsip politik MUDA yang sentiasa bersedia menyokong dasar dan perundangan yang membawa manfaat kepada rakyat, di samping mengkritik kelemahan serta menuntut penambahbaikan apabila diperlukan. MUDA akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif dan melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang terhadap kerajaan. Kerjasama dalam reformasi institusi tidak bermakna sokongan tanpa syarat terhadap pentadbiran kerajaan.
5. Prinsip kerjasama rentas parti ini juga bukan sesuatu yang asing kepada MUDA. Sebelum ini, MUDA turut menyokong kerangka Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi memastikan kestabilan politik.
6. Sehubungan itu, MUDA berharap CSA ini dapat membantu memperoleh sokongan Parlimen yang mencukupi bagi meluluskan reformasi had tempoh jawatan Perdana Menteri dan pemisahan kuasa Peguam Negara serta Pendakwa Raya. Kedua-dua reformasi ini perlu disusuli dengan peruntukan undang-undang yang berkesan dan mekanisme pelaksanaan yang jelas.
7. Pada masa yang sama, MUDA mahu melihat kerjasama rentas parti ini diperluas kepada reformasi institusi lain yang masih tertangguh, khususnya penggubalan Akta Pendanaan Politik. Malaysia memerlukan kerangka perundangan yang jelas bagi memastikan sumber pembiayaan parti politik lebih telus, terkawal dan bertanggungjawab.
8. MUDA juga mahu melihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipisahkan daripada kawalan eksekutif dan diletakkan di bawah mekanisme pengawasan Parlimen yang bebas dan berkesan. Institusi yang bertanggungjawab menyiasat rasuah mesti mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa campur tangan politik, tanpa mengira siapa yang memegang kuasa.
9. Selain itu, MUDA menggesa supaya sistem peruntukan pembangunan kawasan Parlimen diinstitusikan melalui kerangka perundangan yang jelas, telus dan saksama. Peruntukan pembangunan merupakan hak rakyat di setiap kawasan dan pengagihannya perlu berlandaskan keperluan serta prinsip kesaksamaan.
10. MUDA percaya bahawa kerjasama politik yang matang tidak menghapuskan perbezaan pandangan, sebaliknya membolehkan parti-parti yang berbeza pendirian mencari titik persamaan demi kepentingan negara. Reformasi institusi yang baik mesti diberi peluang untuk dilaksanakan, dan kepentingan rakyat mesti sentiasa mengatasi kepentingan parti.
MUDA