Ada apa dengan BERAS?

Kes ini telah bermula sejak Julai yang lalu di mana negara India telah melaksanakan larangan eksport beras putih bukan basmati. Larangan eksport ini telah memberi dampak yang besar kepada pasaran global kerana India merupakan penyumbang besar beras eksport iaitu lebih daripada 40%

Persoalan: Mengapa India hendak melarang pengeskportan beras putih?

Perubahan iklim yang berlaku

Perubahan iklim yang tidak menentu telah menjejaskan tanaman dan pengeluaran padi. Hal ini kerana, India menerima hujan lebat sejak minggu terakhir bulan Jun mengakibatkan kerosakan yang ketara kepada tanaman dan menimbulkan kebimbingan kekurangan pengeluaran.

Apakah kesinambungan antara larangan eksport beras putih oleh negara India dengan Malaysia?

Malaysia adalah negara yang bergantung kepada beras import. Apabila negara India yang sebelum ini membekalkan beras yang meliputi 40% melaksanakan larangan eksport maka secara tidak langsung menjejas bekalan beras putih di Malaysia.

Harga beras di peringkat antarabangsa pun melonjak naik dari RM2,350 kepada RM3,200 per tan metrik dan untuk sekampit beras RM 33 kepada RM 39. Secara tidak langsung beras putih tempatan sekarang telah menjadi “hot stuff” di kalangan pengguna.

Menurut Datuk Seri Johari Ghani, Malaysia bergantung sebanyak 37.4% beras import untuk memenuhi keperluan pengguna yang selebihnya. Malaysia tidak berkemampuan menampung 100% bekalan beras putih kepada pengguna tempatan. 

“Sebelum ini petani padi kita mampu mengeluarkan 71% daripada jumlah permintaan, tetapi sekarang 62.6%. Kerajaan bergantung kepada import beras untuk membekalkan selebihnya (37.4% daripada permintaan),”

(Datuk Seri Johari Ghani,2023)

Penolakan pengilangan beras putih tempatan

Terdapat segelintir pengilang yang tidak bertanggungjawab dan enggan memproses beras putih tempatan. Alasan yang diberikan adalah mereka tidak mahu menanggung kerugian. 

Peniaga menyatakan margin keuntungan yang rendah (sekitar 30 sen hingga 50 sen) membuat mereka enggan menjual beras tempatan. Maka pembekal dan peruncit enggan memasarkan beras putih tempatan yang telah memberi salah satu sebab mengapa Malaysia mengalami kekurangan beras putih tempatan.

Apakah penyelesaian bagi masalah ini? Bersambung di bahagian yang kedua. https://muda.my/2023/10/03/bahagian-ii-alternatif-penanam-padi-daripada-negara-lain-shahrizal-denci-di-x/

Rujukan:

https://www.sinarharian.com.my/article/277733/berita/nasional/kerajaan-hadkan-pembelian-beras-tempatan-100kg-bagi-individu

https://theedgemalaysia.com/node/682202

https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/lifestyle/67758-india-larang-eksport-beras-bukan-basmati

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1011582/ada-peruncit-enggan-jual-beras-tempatan

Scroll to Top