Bahagian II: Alternatif penanam padi daripada negara lain – Shahrizal Denci di X 

Projek menanam padi di dalam sebuah bangunan 

Menurut tweet saudara Shahrizal Denci di X, syarikat Jepun Pasona Inc. telah satu langkah maju kehadapan dalam menghadapi krisis kekurangan beras. 

Syarikat tersebut telah membangunkan projek menanam padi di dalam bangunan pejabat dengan lampu yang bertindak sebagai “artificial sun”.

Mereka memilih benih yang berkualiti dan ditanam dalam control environments ataupun dikenali sebagai Controlled Environment Agriculture (CEA).

Untuk pengetahuan anda semua CEA adalah pengeluaran tumbuhan seperti sayur- sayuran dan tanaman di dalam struktur persekitaran yang terkawal seperti rumah hijau, “vertical farms” atau “growth chamber”. 

Kaedah ini dapat menghasilkan output yang maksimum dan hasil tersebut boleh dimakan oleh semua kakitangan yang bekerja di syarikat tersebut.

“Staff harvest bersama dan memupuk minat belia bandar kepada kerja-kerja pertanian. Hasilnya akan dimakan bersama-sama. Power. “

(Sharizal Denci,2023)

Jadi apa yang Malaysia dapat contohi daripada projek ini?

https://x.com/DenciShahrizal/status/1706182515365691613?s=20

Penanaman Padi secara Aquaponik 

Aquaponik memberikan beberapa manfaat yang besar. 

Dalam sistem aquaponik, ikan dan tanaman saling memberi manfaat kepada antara satu sama lain. 

Ikan menghasilkan buangan berupa amonia, yang kemudian diubah menjadi sumber khasiat yang sangat diperlukan dalam tumbesaran tumbuhan.

Manakala, tanaman secara semulajadi menyaring dan membersihkan air untuk ikan. Ini akan menghasilkan persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan ikan dan tanaman yang sihat.

https://x.com/DenciShahrizal/status/1706846814945894748?s=20

“Semalam nampak ada video di TT.. China & Jepun dah lebih 10 years tanam padi atas bumbung rumah iaitu Urban farming. Malaysia kena ada pemimpin MAFS yang ada wawasan”.

(Shahrizal Denci,2023)

1 thought on “Bahagian II: Alternatif penanam padi daripada negara lain – Shahrizal Denci di X ”

  1. Pingback: Ada apa dengan BERAS? – MUDA

Comments are closed.

Scroll to Top