UNDI18

MUDA mengajukan pelaksanaan rang undang-undang UNDI18, yang didebatkan di Parlimen pada Julai 2019, dan telah dilaksanakan. Rang tersebut bertujuan menurunkan usia minimum untuk mengundi di kedua-dua pilihanraya persekutuan dan negeri kepada 18 tahun. Rang sama menurunkan umur minima untuk perwakilan yang diundi di pilihanraya persekutuan dan negeri kepada 18 tahun, dan juga pendaftaran pengundi otomatik untuk semua rakyat Malaysia.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, presiden MUDA dan Ahli Parlimen Muar, dan mantan Menteri Belia dan Sukan, telah mengusahakan kelulusannya di Parlimen. Beliau berbicara dan menyakinkan Ahli-ahli Parlimen menjangkaui parti-parti supaya menyokong rang undang-undang tersebut. Dengan pengiktirafan bipartisan dan dokongan daripada organisasi-organisasi masyarakat awam, termasuk Undi18, umur mengundi minima yang sebelumnya diturunkan kepada 18 daripada 21 selepas Rang (Pemindaan) Perlembagaan 2019 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Julai 16, 2019, diikuti kelulusan oleh Dewan Negara pada Julai 25, 2019.

Langkah kerajaan dalam menunda pelaksanaan rang berkenaan adalah tidak berperlembagaan kerana ia melanggar Seksyen 3(a) Akta (Pemindaan) Perlembagaan 2019 dan selanjutnya boleh disemak. Sejak daripada itu, 18 belia melalui organisasi sivil Undi18 telah menghantar permohonan kepada mahkamah untuk mencabar penundaan pelaksanaan rang undang-undang tersebut oleh kerajaan Malaysia. Ahli jawatankuasa eksekutif pusat MUDA, Nurul Rifayah, adalah salah seorang pemohon. Naib presiden MUDA, Lim Wei Jiet, juga merupakan salah satu ahli panel perundangan yang mewakili para pemohon belia dan Undi18.

Sekiranya golongan belia mengundi dalam pilihanraya 2023, dijangkakan sebanyak 7.8 juta pengundi baru akan bertambah kepada 14 juta yang kini sudah berdaftar. Dengan kemungkinan 21.8 juta pengundi, peningkatan drastik ini mungkin bakal mengubah keputusan pilihanraya. Dalam memberdayakan golongan belia dengan hak untuk mengundi, kita memastikan bahawa sebuah segmen kritikal masyarakat Malaysia tidak akan dipinggirkan daripada proses pembangunan negara bangsa melalui demokratisasi kuasa politik.

Links:

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/07/505233/syed-saddiq-wrote-every-mp-undi-18

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/16/history-created-as-undi-18-bill-passed-with-bipartisan-support/1771996

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fikirkan-impak-positif-undi-18-tahun-syed-saddiq-212431

https://www.malaysiakini.com/news/489272

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/08/23/malaysian-youth-council-pm-ismail-sabri-must-continue-with-undi18-agenda/1999897

https://hakamyouth.substack.com/p/youth-suffrage-outliers-of-democracy

Scroll to Top