Anti Lompat Parti

MUDA mengajukan pelaksanaan pilihanraya penarikan semula. MUDA mempercayai bahawa sekiranya seorang Ahli Parlimen tidak lagi mengikut nilai perjuangan parti mereka dan berhasrat untuk menukar parti, pengundi berhak untuk menentukan sama ada mereka ingin terus diwakili oleh Ahli Parlimen tersebut.

MUDA juga mengajukan pelaksanaan peruntukan parlimen yang saksama. Peruntukan saksama mengurangkan insentif lompat parti dengan mencegah ahli politik daripada mengambil tindakan terdesak dan menyokong mereka dengan dana yang mencukupi untuk membantu pengundi-pengundi mereka.

Tindakan lompat parti menyebabkan kejatuhan Pakatan Harapan dan beberapa kerajaan negeri dan menjadi sebab kepada ketidakstabilan politik negara pada hari ini. MUDA menegaskan bahawa langkah perlu diambil untuk menghalang penerusan tindakan sedemikian. MUDA juga bertetapan untuk mempertimbangkan pendekatan lain untuk terus mengekang amalan lompat parti.

Sekiranya langkah-langkah terkedepan tidak diambil untuk menghentikan budaya ini, institusi-institusi demokratik kebangsaan akan dirosakkan secara berterusan dan menyebabkan jumlah penyertaan pengundi yang rendah dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Links:

https://www.malaysiakini.com/news/535552

https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2021/03/18/combatting-party-hopping-legislation-or-disincentivisation-zayd-shaukat/1958814/

https://www.thevibes.com/articles/news/31842/Bersih-rolls-out-simulated-recall-polls-campaign-for-seats-with-party-hopping-reps

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/07/22/syed-saddiq-hopes-to-use-his-cbt-trial-to-trigger-institutional-reform/1991888

Scroll to Top